20110731

backpacking 101


Ke hadapan sahabat yang sentiasa ada dekat Facebook tak lari jauh mana pun. Alhamdulillah senang sekarang semua tekan je dah tahu perkembangan terbaru membe. Dalam mood internet yang lembap nie, aku tulis la introduction pasal pengembaraan Upin dan Ipin keliling Malaysia. okay ada tiga orang, kira Jarjit masuk sekali la tu. Asal tak Ehsan, ikut hang la Ehsan pun bole kalau nak.. tutorial mudah untuk panduan semua. Kalau korang nak lah, mana tahu korang nyer lagi bagus, so gunakan lah sebaik mungking.

Kisah hidup Ali, Abu dan Ahamd (blog aku sukati la nak taruk nama apa.. muahaha)

What u need in ur backpacking journey

1. A plan
 paling asas, dalam setiap permulaan mesti ada isi dia. tak perlu spesifik sangat sebab kalau lagi spesifik selalu nya mesti tak jadi. cukup la sekadar roughly perancangan bila tarikh nak gerak, berapa lama nak buat, hari nak spend kat certain tempat. Paling penting check masa setiap kali nak bergerak ke mana-mana. Misal kata nek bas ke transport awam lain. Kalau sampai sana baru nak redah susah jugak buatnya tiket dah abis ke apa. Jangan la pergi travel time raya dah tahu memang cuti tiket nak abis, tak pun jalan raya memang jem. 
Contoh dokumen perjalanan :


*contoh; masa dan tarikh berubah mengikut waktu

2.budget yang cukup (lebih lagi baik)

ini memang part paling penting. sebab kalau nak berjalan mesti kena ada duit. lain lah kalau korang berjalan kaki dari Kuala Lumpur tu ke Seremban ikut highway. Tak pernah dibuat orang nye, tapi kalau korang nak buat boleh je.. Gua tabik lah! kalau nak tanya berapa spesifik belanja diperlukan tu, korang kene buat estimation sendiri la. pandai la budget perbelanjaan. kalau rasa dah nak pokai tu, makan la yang tak berapa nak mahal kalau rasa mampu nak beli satu Restoran 5 bintang siap view tepi laut lagi  dengan duit baki  yang ada dalam bank, errr. haha.. Jangan lah jadi ngok sangat dengan duit RM5 dalam bank je kata, jom kita backpack pergi Perlis. memang pergi tak akan kembali lah jawabnya.

p/s : kalau nak tahu berapa nilai total journey aritu pm me =)

3.peserta bertuah
kalau nak travel tu mesti lah ada contestant nya. plan lah dengan rakan awal-awal. kalau ada plan, takde orang nak pergi nye, serupa macam cakap lebih bikin tak pun.

lucky contestant number 1
Muhammad Aizatuddin Aniq Kamisan

lucky contestant number 2
Zafri Zamri

lucky contestant number 3

Eron Damaska Darwin

4.kata backpack bukan bercuti. barang jangan macam balik kampung

Nie part yang susah sikit nak urus. Beg traveling akan sentiasa korang bergerak nak bawak beg nak kemana-mana, jadi pandai lah ringan kan beg. Seingat aku lah, kalau yang macam backpacng mat salleh slalu bawak tu ada yang size biasa, medium, large. So ikut lah korang ada apa. Cukup la sekadar bersederhana, tak payah nak beli beg baru sangat. Guna je apa ada kat umah nuh.Sizing beg tu ikut korang lah. Lain lah kalau korang nak travel nek kereta, soo nak bawak dari makeup ke cungkil gigi, asal boleh muat bonet bolehla. Baju tu pun memadai lah jangan pulak nak bergerak seminggu bawak macam nak pergi sebulan.

#limit your stuff. Jangan duk isi barang tak guna dan rasa memang tak kan pakai

#recycle anything u can. Kalau rasa macam baju tu tak berapa nak kotor, jemur la sekejap macam kat asrama dulu. Apa-apa hygiene tu penting jugak, jangan lah pulak kalau bawak boxer tu selai je bawak pakai ari-ari sama -____- (kalau pompuan sori lah tak tahu pulak eden camne korang nak recycle)

#bawak kain pelikat, senang nak sarung buat semayang

No comments:

Post a Comment

Followers