20110306

saser nama sekolah gua







gamba sumer nak hebat-hebat je kan. haha.. hari nie aku tengok fb penuh ngan warna hijau, biru kuning. ohh rupanya hari nie merupakan hari terakhir 'Putera Harapan'

Tingkatkan iman dan takwa
Membentuk generasi mulia
Semua pengorbanan di hargai
Semua usaha dicontohi
Pemangkin kemajuan masa hadapan
Memartabatkan Sains Seremban
Memartabatkan Sains Seremban

Kamilah Putra Harapan





kenangan terindah..
5 minit yang lalu
huargg(tgh menguap masa separuh lagu kat blakang)...
bila la lagu skolah nak abis nih..
jelas kelihatan kat atas pentas tiga orang jejaka berbaju biru berblazer.
qamar, ifwat dan zahid tegak je berdiri kat atas tu.
hai.. lagu skolah nie kalau dilayan boleh wat tidur nih.
dah la semalam stay up sbb study, skolah lagi harinie
bosan la hidup camnie, bila la nak abis skolah yee.. (sekarang baru taw sekolah tu best)
papan biru kat atas pentas tu makin hari makin turun nombo dia.
spm_-_-_ wow hari nie dah berkurang lagi satu nombo. bila nak kene nombo nyer nih..
xde luck lah kalau men nombo camnie..

10 minit yang lalu
"saya cukup percaya dan yakin saser tahun ini(2010) mampu mencapai nombo satu di Malaysia lagi"
"kita jangan biarkan Asis dirikan tugu dia. biar dia tunggu bertahun-tahun nak dirikan"
ucapan yang cukup semangat dari Cikgu Rosli.
tiap minggu tiap hari akan ulang tagline tu...
kantoi nampak budak form-4 sempat tidur tgh berdiri kat tepi. haha..

15 minit yang lalu
"kepada pelajar yang masih berada di dorm dan kelas, datang kat tapak perhimpunan sekarang.
uncle kat bawah dah menjerit-jerit panggil budak-budak suh turun.
cikgu shahrul dah ready nak melibas-libas budak-budak turun lambat.
macam star wars punya light saber dia wat..
macam biasa, time nie la aku baru sibuk nak siap-siap nak turun.
kalau lambat senang je escape plan aku:
1.cari pengawas yang kau rapat
2.ckp kat dorg kalau kau lambat cam bese lah kata kau pegi tandas
3.kau pegi tandas walau pun memang dah lambat, sebab xnak kene sebat
4.lepak dlam tandas.
5.dah dengar lagu negaraku dah habis baru pergi perhimpunan
6.senyum macam tak bersalah tgk pengawas
7.confem lepas nanti pengawas tadi cakap die pergi tandas tadi
8.masuk barisan kau macam memang kau tak bersalah. yes!

nakal betul kitorang time sekolah dulu, biasalah, sekarang nie, senyum tersengih sebentar bila ingat balik zaman-zaman tu dulu. ;)




1 comment:

Followers