20110302

10 benda nak buat lepas asasi

jam loceng berbunyi menandakan bunyi 1.14pagi..
tepat 13jam lagi, aku bakal masuk kat dalam dewan periksa,
nak jawab test-3 chemistry, berdebar nie..
bila dalam tu, mula la direktor-direktor mendirect kertas soalan yang tak reti nak berlakon.
kalau disuruh melompat dia duduk, suruh bercakap die bisu,
kalau kertas tu warna putih memang takkan hitam lah kalau takde orang nak usik die.

tepat 2 minggu, hari rabu yang sama
bilik A2507D akan menyepi takde orang nak pasang lagu All Time Low.
kertas terakhir dan akhirnya asasi engin UiTM!!  

10 main things :
1. Lesen kete. dah nak 19 tapi takde lesen lagi, aduh, budak-budak yang dah abis SPM tahun lepas pun dah ada yang ada, nie kan pulak yang da lama tinggal sekolah.
2.Beg baru coloursplash. kamera tu dah lama berbogel, kesian tengok die, rasa nak berfesyen-fesyen pakai baju jugak. tak dapat seluar cutting dapat baju pon jadilah..
3.Broga Hill!! selalu dengar tapi tak pernah jejak kaki kat sana. dapat naik skali jadilah. kat puncak dah training hari-hari naek tangga dah..
4.jamie oliver==membe aku Ahmad Sulaimi dah ajar aku buat Jja Jang Myun..
5.bukan nak buat tapi nak try kurangkan movie-holic kat wayang pasnie. Minta maaf rakan setengokan Nurul..
6.masih dalam pertimbangan.. mungkin nak merantau/bercuti ke semua stadium bola-sepak negeri
7.bawak kamera kita pegi snap-snap gamba bersama yashica gsn. jangan cakap first roll, first snap pun rangefinder tu belum usik lagi.. (lomo-onn)
8.cuti nak sambung degree 5 bulan. cuti sekolah pon tak lama camtu. kene mula cari keje la bang..(target bulan 4)
8.nak pasang camera pinhole satu.. layout dah ada tinggal nak print pastu leh lah bukak kedai jual :)
10 belum tau tapi kalau dapat buat yang atas-atas pun kira ok lah. dah pasang target, tinggal tunggu masa je lah. orang cakap kalau kita pasang impian senang nak capai. dah ada target..
p/s: sometimes u make me wonder. .

No comments:

Post a Comment

Followers